pemakaian menutup aurat

ASALAMUALAIKUM YA UKHTI PEMBACA BLOGGER :)

PAKAILAH PAKAIAN YANG MENUTUP AURAT :)
sewajarnya seseorang itu memakai yang sesuaia kerana pakaian sopan dan menutup aurat adalah cermin seseorang itu muslim sebenar.islam tidak menetapkam bentuk atau warna pakaian untuk dipakai, baik ketika beribadah atau diluar ibadat. islam hanya menetapkan bahawa pakaian itu mestilah bersih, menutup aurat,sopan, dan sesuai dengan akhlak seseorang muslim. islam tidak menetapkan fesyen pakaian tetapi perlu mematuhi garis panduan dan menutup aurat.Didalam islam ada garis panduan tersendiri mengenai adab berpakaian(untuk lelaki dan wanita iatu): 

1.MENUTUP AURAT

AURAT lelaki menurut ahli hukum ialah daripada pusat hingga ke lutut. Aurat wanita pula ialah seluruh anggota badannya, kecuali wajah,tapak, tapak tangan dan tapak kakinya. RASULULLAH SAW: 'PAHA ITU ADALAH AURAT.'(BUKHARI)

2,TIDAK MENAMPAKKAN TUBUH,

PAKAIAN yang jarang sehingga menampakkan aurat tidak memenuhi syarat menutup aurat, pakaian jarang bukan saja menampakkan warna kulit, malah boleh merangsang nafsu orang melihatnya. 

RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: "dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu memagang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia dan satu lagi golongan wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liukkan badan dan juga kepalanya seperti bonngol unta yang tunduk. Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat menciumnya baunya walaupun daripada jarak yang jauh."(muslim) .




3.PAKAIAN TIDAK KETAT

TUJUANNYA, supaya tidak menampakkan tubuh badan :)

4.TIDAK MENIMBULKAN RIAK 

RASULULLAH SAW, bersabda bermaksud. "sesiapa yang melabuhkan pakaiannya kerana perasaan sombong, ALLAH SWT tidak akan memadangnya pada hari kiamat." Dalam hadis lain, RASULULLAH SAW bersabda bermaksud "sesiapa yang memakai pakaian berlebih lebihan, maka ALLAH akan memberikan pakaian kehinaan pada hari akhirat nanti."(ahmad daud , an-nasa'iy dan ibnu majah).



5.LELAKI, WANITA BERBEZA.

MAKSUDNYA, pakaian yang khusus untuk lelaki tidak boleh dipakai oleh wanita, begitu juga sebaliknya RASULULLAH SAW mengingatkan hal ini dengan tegas menerusi sabdanya yang bermaksud: "ALLAH mengutuk wanita yang meniru pakaian dan sikap lelaki, dan lelaki meniru pakaian dan sikap perempuan."(BUKHARI DAN MUSLIM).BAGINDA juga bermaksud:"ALLAH melaknat lelaki berpakain dan wanita berpakaian lelaki."-(ABU DAUD DAN AL-HAKIM).
 


6.LARANGAN MEMAKAI SUTERA
ISLAM mengharamkan kaum lelaki memakai sutera. RASULULLAH SAW besabda bermaksud: "janganlah kamu memakai sutera, sesungguhnya orang yang memakainya didunia tidak dapat memakainya diakhirat,"(muttafaq 'alaih).

7.MELABUHKAN PAKAIAN 

CONTOHNYA, seperti tudung yang seharusnya dipakai sesuai kehendak syarak iatu bagi kepala dan rambut, tengkut atau leher dan juga didada. ALLAH berfirman bermaksud:' wahai nabi, katakanlah (suruhlah) isteri isteri dan anak anak perempuanmu serta perempuan perempuan beriman, supaya mereka melabuhkan pakainnya  bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) ALLAH adlah  MAHA PENGAMPUN DAN MAHA PENYAYANG," (AL-AHZAB:59)

8.MEMILIH WARNA SESUAI 

CONTOHNYA, warna warni lembut termasuk putih kerana ia nmpak bersih dan warna ini sangat disenangi dan sering menjadi pilihan RASULULLAH SAW. baginda bersabda bermaksud:' "pakailah pakaian putih kerana ia lebih baik, dan kafankan mayat kamu dengannya (kain putih)." (an-nasa'ie dan al-hakim). 

9.LARANGAN MEMAKAI EMAS 

TERMASUK dalam etika berpakaian didalam islam  ialah barang brang perhiasan seperti emas seprti rantai, cincin sebagainya, Bentuk perhiasan seperti ini umumnya  dikaitkan dengan wanita namun pada hari ini ramai antara para lelaki cenderung untuk berhias seperti wanita sehingga ada yang sanggup bersubang dan berantai.semua ini amat bertentangan dengan hukum islam. RASULULLAH SAW bersabda bermaksud: "haram kaum lelaki memakai sutera dan emas, dan dihalalkan(memakainya) kepada wanita.

10.MULAKAN SEBELAH KANAN

APABILA memakai baju, seluar atau seumpanya, mulakan sebelah kanan. Imam muslim meriwayatkan daripada saidatina Aisyah bermaksud: "RASULULLAH suka sebelah kanan, dalam segala keadaan, seperti mamakai kasut, berjaln kaki dan bersuci." Apabila memakai kasut seumpanya, mulakan dengan sebelah kanan dan apabila menanggalkannya. mulakan dengan sebelah kiri. RASULULLAH SAW bersabda bermaksud: "Apabila memakai kasut mulakan dengan sebelah kanan dan apabila menaggalkannya mulakan dengan sebelah kiri supaya yang kanan menjadi yang pertama memakai kasut dan yang terakhir menanggalkannya."(RIWAYAT MUSLIM). 

11.SELEPAS BELI PAKAIAN.

APABILA memakai pakaian baru dibeli, ucapkanlah seperti yang diriwayatkan ABU DAUD dan AT-TERMIZI yang bermaksud: "ya ALLAH segala puji bagi-mu , engkauu yang memakainya kepadaku, aku memohon kebaikannya dan kebaikan apa apa yang diperbuat baginya, aku mohon perlindungan kepada-MU daripada kejahatannya dan kejahatan apa apa yang diperbuat daripada untuknya, demikian itu telah datang daripada RASULULLAH SAW".

12.BERDOA 

KETIKA , menanggalkan pakaian, lafaz-kanlah: "pujian kepada ALLAH yang mengurniakan  pakaian ini untuk menutup auratku dan dapat mengindahkan diri dalam kehidupanku, dengan nama ALLAH yang tiada tuhan melainkan dia."

SEBAGAI seorang islam, sewajarnya seseorang itu memakai pakaian yang sesuai menurut tuntutan agamanya kerana sesungguhnya pakaian yang sopan dan menutup aurat adalah cermin muslim yang sebenar, 
a

Comments

Popular Posts