KESATLAH AIRMATAMU WANITA , GAGAHNYA WANITA CANTIKNYA LELAKI.

ASALAMUALAIKUM SALAM UKHWAH DARI SAYA MUAZAH :)

KESATLAH AIRMATAMU WANITA :)


"Apabila hati terikat dengan ALLAH kembalilah wanita dengan asal fitrah kejadiannya, menyejukkan hati dan menjadi perhiasan kepada dunia-si gadis dengan sifat sopan dan malu, anak yang taat kepada ibu bapa, isteri yang menyerahkan kasih sayang.Kesetiaan dan ketaatan hanya pada suami"   

bait bait kata itu aku tatap dalam dalam. Penuh penghayatan. KATA KATA yang dinukilkan dalam sebuah majalah yang ku baca. Alangkah jika aku bisa menjadi perhiasan dunia seperti yang dikatakan itu, ku buatkan tekad dihatiku. aku ingin menjadi anak yang sopam, anak yang taat kepada kedua ibu bapaku dan aku jua ingin menjadi seorang isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya untuk SUAMIKU, kerana ALLAH S.W.T. Menjadi seoramg isteri... kepada insan yang disayangi...idaman setiap wanita.

GAGAHNYA WANITA , CANTIKNYA LELAKI :')

siapa kata yang gagah itu hanyalah lelaki, yang lemah itu hanya wanita, siapa kata lelaki sekuat   dan sehandal pahlawan perkasa dan wanita selembut dan selemah insan tak bermaya. 
GAGAHNYA WANITA ADA EMPAT PERKARA:
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

"kegagahan seorang perempuan berdiri diatas teguh, seluruh kegagahan yg ada pada khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan"

ayunya seorang lelaki ada enam perkara:
1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.
5) Lelaki yang sentiasa berbaik sangka.
6) Lelaki yang tak pernah putus asa.


Comments

Popular Posts